Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Konvoi jelajah PAS ditahan polis di Perak
March 28, 2013
KUALA LUMPUR, 28 Mac — Trak konvoi "Jelajah Negara Berkebajikan PAS" didakwa telah ditahan 30 anggota pasukan polis termasuk anggota polis dari Cawangan Khas dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika dalam perjalan menuju ke lokasi ceramah di Seksyen 18 di Perak.
Difahamkan anggota polis telah mengejar trak berkenaan sebaik sahaja keluar dari lebuhraya dan menahannya di Taman Pinji Perdana selepas melalui sekatan jalan raya yang dilakukan pihak berkuasa.
Memetik laporan Harakahdaily, sekitar lima kereta peronda polis, empat motorsikal berkuasa tinggi turut berada di lokasi berkenaan ketika trak tersebut ditahan.
Pemeriksaan trak yang memakan masa selama sejam itu bagaimanapun dibuat pihak JPJ.
Turut difahamkan, peguam PAS, Asmuni Awi antara pihak yang berunding dengan pasukan polis tersebut yang mendakwa mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan pihak atasan untuk menahan trak berkenaan.
Malah, Harakahdaily turut melaporkan lokasi ceramah pada malam itu juga terpaksa diubah daripada Seksyen 18 ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh penganjur mengatakan terdapat ramai anggota pasukan polis anti rusuhan (FRU) dan polis berada di lokasi bekenaan.
Rabu, 26 Februari 2014
Beri mandat kepada tokoh muda Pas

ALOR SETAR - Walaupun keahlian Pas lebih ramai berbanding rakan lain dalam PR namun Pemuda Pas dilihat kurang mendapat tempat berbanding tokoh muda dalam PKR dan DAP.
Calon Timbalan Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan tinggi dalam PKR kepada pemimpin muda berbeza dengan Pas.
Mengambil contoh kepercayaan diberikan PKR kepada bekas Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, walaupun tidak berada dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetapi beliau diberi keyakinan untuk pegang posisi di peringkat pusat.
“Cuba kita tengok berapa ramai anak muda PKR duduk di peringkat pusat berbanding anak muda berada di Pas Pusat. Kadang-kadang ada tanggapan bahawa umur muda itu tidak perlu bertanding untuk jawatan peringkat pusat.
“Kepimpinan Pas pusat perlu memberi keyakinan kepada pemuda untuk bersama mereka. Jangan serahkan pemuda hanya duduk di kategori pemuda. Kenapa kadang-kadang kita cuba menyekat kemampuan seseorang hanya disebabkan umur yang muda?” katanya.
Menurutnya, jika duduk dalam kategori pemuda, mereka hanya akan berfikir dalam kepompong pemuda.
Jika diberi ruang untuk duduk di peringkat pusat, mereka boleh berfikir lebih luas, berfikir macam orang dewasa,” katanya.
Minggu, 23 Februari 2014
Solidariti Mahasiswa Muslimah Malaysia Di Mesir Khas Buat PAS
22 April 2013
"Solidariti Mahasiswa Muslimah Malaysia Di Mesir Buat PAS Sempena Penamaan Calon. Kami Bersama Perjuangan ISLAM & Perjuangan Rakyat Malaysia Yang Mahu Mengubah Kerajaan Dari BN Kepada PR Pada 5 Mei 2013. Doa Kami Senantiasa Mengiringi Kalian. Ini Kali Lah... Takbir!!!"...
sumber
Langganan:
Postingan (Atom)