Rabu, 26 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Beri mandat kepada tokoh muda Pas

Beri mandat kepada tokoh muda Pas


ALOR SETAR - Walaupun keahlian Pas lebih ramai berbanding rakan lain dalam PR namun Pemuda Pas dilihat kurang mendapat tempat berbanding tokoh muda dalam PKR dan DAP.

Calon Timbalan Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan tinggi dalam PKR kepada pemimpin muda berbeza dengan Pas.

Mengambil contoh kepercayaan diberikan PKR kepada bekas Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, walaupun tidak berada dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetapi beliau diberi keyakinan untuk pegang posisi di peringkat pusat.

“Cuba kita tengok berapa ramai anak muda PKR duduk di peringkat pusat berbanding anak muda berada di Pas Pusat. Kadang-kadang ada tanggapan bahawa umur muda itu tidak perlu bertanding untuk jawatan peringkat pusat.

“Kepimpinan Pas pusat perlu memberi keyakinan kepada  pemuda untuk bersama mereka. Jangan serahkan pemuda hanya duduk di kategori pemuda. Kenapa kadang-kadang kita cuba menyekat kemampuan seseorang hanya disebabkan umur yang muda?” katanya.

Menurutnya, jika duduk dalam kategori pemuda, mereka hanya akan berfikir dalam kepompong pemuda.

Jika diberi ruang untuk duduk di peringkat pusat, mereka boleh berfikir lebih luas, berfikir macam orang dewasa,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar