Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Pelajar makan cicak kerana terlalu lapar Iskandar

Harakahdaily 

Ahmad Tajdid, 18 Okt 2013
SHAH ALAM: Percayakah anda jika diberitahu ada pelajar Melayu di sebuah sekolah rendah di ibu kota Kuala Lumpur terpaksa mencari cicak untuk dimakan semasa waktu rehat kerana terlalu lapar sedangkan beliau tidak dibekalkan wang dan makanan ke sekolah lantaran kesempitan hidup keluarga (atas, gambar hiasan).

"Ketika pelajar lain ke kantin, pelajar malang ini mencari cicak untuk dimakan," kata Yang Dipertua PAS Pandan, Iskandar Abdul Samad.

Kisah ini diceritakan Iskandar kepada Harakahdaily tatkala diminta mengulas entri beliau di laman blognya baru-baru ini.

Iskandar yang juga Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor diwawancara Harakahdaily di pejabatnya, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Menurut Iskandar, menyedari kejadian tersebut, guru di sekolah berkenaan segera memasukkan nama pelajar terbabit dalam senarai Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah.

"Hanya setelah peristiwa itu, barulah guru-guru sekolah tersebut tahu betapa melaratnya keluarga pelajar tersebut. Memang ada keluarga yang hidup susah tetapi tidak mahu meminta-minta," ujarnya.

Sehubungan itu Iskandar menggesa para petugas parti supaya turun ke tengah masyarakat untuk melakukan tinjauan seterusnya mengenal pasti keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mereka (aktivis parti) perlu menyedari bahawa mereka bukan sahaja pemimpin parti tetapi juga pemimpin masyarakat," ujarnya.

Sehubungan itu beliau mahu aktivis parti lebih prihatin dengan masalah rakyat setempat dan keluar daripada kepompong surau dan masjid.

Dalam entri di laman blognya baru-baru ini, Iskandar berkata cabaran utama dalam menyampaikan bantuan bukanlah jumlah wang yang diperuntukkan tetapi untuk mencari orang yang benar-benar layak dibantu.

"Kita gagal kalau kita menyampaikan bantuan kepada mereka yang tidak layak walhal mereka yang layak ditinggalkan.

"Saya juga percaya mereka yang betul-betul layak atau betul-betul melarat hidupnya tidak mempunyai kemampuan untuk datang berjumpa YB, nazir masjid, pengerusi surau, penghulu atau ketua kampung.

"Adalah menjadi tugas kita untuk turun padang cari dari pintu ke pintu," tegasnya.

Beliau menceritakan pengalaman berjumpa sekeluarga yang berbuka puasa dengan nasi dan kicap di kawasan yang diwakilinya.

Sehubungan itu, Iskandar menyeru aktivis parti untuk sentiasa turun ke bawah bagi mengetahui hal kebajikan rakyat di kawasan masing-masing
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Mat Sentol Tersisih Kerana ‘Lawak Basi’


 Mat Sentol Tersisih Kerana ‘Lawak Basi’?
Pelawak veteran popular Mat Sentol berasa dirinya disisihkan oleh kebanyakan penggiat industri hiburan tempatan apabila lawak-lawaknya dianggap picisan kononnya tidak lagi sesuai bagi penonton televisyen masa kini.
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Raship Yahya, 79, berkata, dia pelik dengan pandangan skeptikal yang diberi sedangkan pengalamannya sebagai seorang pelawak begitu lama malah mampu menghiburkan sesiapa sahaja dengan profesional.
“Lebih 50 tahun saya menjadi pelawak dan telah mengarahkan lebih 20 buah filem. Adakah tidak cukup lagi pengalaman itu? Pelik apabila ada segelintir pihak merasakan lawak saya sudah basi.
“Saya amat kecewa dengan keadaan ini, rasa seperti disisihkan. Tetapi nak buat macam mana, menjadi lumrah pelakon senior sering dipandang sebelah mata, berbeza pula dengan negara luar, pelakon–pelakon lama disanjung tinggi oleh masyarakat mereka,” katanya.
Tambah pelakon yang pernah popular dengan lakonannya dalam filem Mat Karung Guniini, walaupun disisihkan, dia masih lagi menerima undangan persembahan pentas secara kecil-kecilan yang secara tidak langsung dapat melepaskan rindunya untuk menghiburkan orang.
“Hati saya dah tekad mahu menghiburkan orang sehingga akhir hayat. Lebih-lebih lagi dalam lawak yang dibuat, terselit sindiran atau pengajaran. Saya mahu orang terhibur dengan sambil diberi sedikit input pembelajaran.
“Tapi apakan daya, saya sudah tidak diperlukan. Jadi, asalkan dijemput untuk menghiburkan penonton yang kecil bilangannya pun sudah lebih daripada cukup,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai rutin hariannya pelakon ini enggan berkongsi apa-apa berkaitan mengenai hal peribadi.
“Dari dulu lagi, saya tak pernah pun cerita apa yang saya buat selain berlakon. Bagi saya, ia adalah rahsia peribadi,” katanya tersenyum. – 2dayblogger
ReadFull Article ..

Minggu, 22 Desember 2013

Kerana mabuk lelaki ini hilang kejantanan

4 Ogos 2013

 
Seorang lelaki  berusia 64 tahun menceritakan bagaimana dia pingsan setelah mabuk berat pada suatu malam, dan ketika bangun pada esok harinya dia dapati penisnya telah hilang.

Jiran lelaki itu,   Geraldo Ramos dari Republik Dominika itu menyatakan bahawa dia telah diserang seekor anjing ketika sedang terhuyung-huyung dalam keadaan telanjang ketika mabuk. Namun Ramos dari Santiago, tidak percaya dengan versi mereka tentang kejadian itu.
Dia mengatakan kepada sebuah stesyen televisyen tempatan bahawa yang dia ingat adalah bangun dan dilarikan ke rumah sakit untuk pembedahan kecemasan.

Anjing yang dikatakan telah menyerang dirinya tidak dapat dikesan, atau memang tidak ada anjing yang memakan penis Ramos. Pak tua itu kini harus memakai kateter dan difilmkan sedang memulihkan diri di rumahnya.
Dia mengatakan bahawa dia telah jera. Ramos mengatakan kepada Noticias Sin bahawa dia berhenti minum minuman keras mulai sekarang.

Seandainya penis Ramos benar dimakan anjing, dia bukan orang pertama yang mengalami hal itu. Daily Mail, Sabtu (3/8/2013) melaporkan, seorang lelaki lumpuh di Arkansas, AS, bangun tidur pada Julai lalu dan menemukan bahawa anjingnya telah makan salah satu dari buah zakarnya.
Mystery illness: Geraldo Ramos passed out drunk and woke up to find that his penis was missing
Mystery illness: Geraldo Ramos passed out drunk and woke up to find that his penis was missing

Recuperating: Mr Ramos was pictured relaxing at home recovering from his horrific injury
Recuperating: Mr Ramos was pictured relaxing at home recovering from his horrific injury

sumber:dailymail 
ReadFull Article ..