Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Kamis, 30 Januari 2014
Jurey Latiff Dakwa Finas Tak Buat Kerja

PETALING JAYA – Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli menyifatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tidak lagi agresif seperti dahulu dalam menangani sebarang masalah yang timbul dalam industri perfileman negara.
Jurey berkata, pihak Finas dilihat seperti tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai badan yang membantu industri sepanjang tahun ini walaupun banyak isu berbangkit yang telah berlaku dalam industri.
“Apabila kita lihat balik sepanjang tahun ini, pernah tak Finas membantu menangani masalah perfileman kita? Dan yang terbaharu, isu filem KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum tayangannya, adakah pihak mereka mengambil sebarang tindakan?
“Langsung tidak. Sedangkan sepatutnya Finas perlu mengumpul agensi-agensi tertentu dan membuat perbincangan, seterusnya mengambil tindakan. Ini tidak, Senyap saja. Mereka diibarat macam dah tak buat kerja,” katanya kepada mStar OnlineM.
Tambah Jurey, dia juga terkilan apabila tidak diberitahu mengenai sebarang peruntukan yang disediakan buat persatuan-persatuan seni tempatan yang semakin kekurangan dana dalam ingin melaksanakan akiviti masing-masing.
Dalam pada itu, Jurey berkata, sikap berdiam diri yang diambil oleh pihak Finas boleh membuatkan industri perfileman tempatan ‘nazak’ lebih-lebih lagi dengan pelbagai masalah yang timbul sejak akhir-akhir ini.
Jurey turut mempertikaikan mengenai peranan Finas selepas bergabung dengan Filem Negara Malaysia yang langsung tidak menunjukkan kerjasama positif dalam industri.
“Saya tak faham, selepas Finas bergabung dengan Filem Negara Malaysia. Apa yang mereka buat?
“Apabila ditanya, mereka hanya jawab yang Finas kini sudah mampu menerbitkan drama sendiri. Adakah peranan mereka kini seperti syarikat produksi biasa lain, membuat perniagaan penerbitan pula? Mereka yang keluarkan lesen, mereka juga yang terbit. Pelik bunyinya,” tegas Jurey.
Sementara itu, bagi mendapatkan penjelasan di pihak Finas pula, Ketua Pengarahnya Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah pula gagal dihubungi. – mStar Online
Selasa, 31 Desember 2013
Kiram Tak Kisah Masuk Jel
MANILA, Filipina - Lelaki yang mendakwa dirinya pewaris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan, dia bersedia untuk dipenjarakan, menurut sebuah akhbar dalam talian semalam.
Kenyataan itu dibuat Kiram III semasa dia melahirkan kesediaan untuk hadir di pejabat Biro Siasatan Nasional (NBI) di sini selepas mendapat perintah berbuat demikian.
"Sebenarnya, saya telah menunggu untuk perintah ini ke atas saya. Jika mereka (pihak berkuasa) mahu saya masuk penjara, teruskan," kata Kiram III.
"Saya sedia menjalani hukuman penjara," tambahnya.
Menurutnya, dia bersedia untuk masuk penjara kerana mahu membuktikan bahawa tuntutan ke atas Sabah dibuat bukan kerana wang.
Warga emas berusia 74 tahun yang menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu itu sebaliknya berkata, dia menuntut hak daripada aspek sejarah dan moral untuk mengetuai pengikut-pengikutnya kembali ke tanah air mereka.

"Tiada wang menjadi taruhan dalam isu ini. Apa yang penting ialah maruah dan kehormatan kami. Impian saya adalah untuk meninggalkan legasi untuk tanah air kami," jelas Kiram III.
"Kita akan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memiliki bukti dan hak untuk tinggal di sana (Sabah)," tambahnya.
Malah, pemimpin tersebut percaya Sabah adalah sebahagian daripada tanah pusaka mereka selepas menerima kawasan di Borneo Utara itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu Kesultanan Brunei menewaskan satu pemberontakan pada 1704.
Kelmarin, jurucakap Kiram III, Abraham Idrijani mengumumkan bahawa NBI memerintahkan pemimpin itu supaya hadir di pejabat agensi tersebut lusa. - Agensi

Langganan:
Postingan (Atom)